Thursday, February 14, 2008

PRU 12: WARKAH BUAT TEMAN


PRU 12: WARKAH BUAT TEMAN

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Ke hadapan teman- temanku yang dikasihi. Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk berkongsi sesuatu dengan teman, memandangkan Pilihanraya Umum ke 12 akan berlansung tidak lama lagi. Tarikh mengundi telah pun diumumkan. Maka gendang ‘perang’ pilihanraya telah pun bergema.

Seperti biasa, ahli politiklah manusia yang paling sibuk ketika PRU ini. Mereka akan berhempas pulas memastikan kejayaan di tangan mereka. Tetapi, biarlah, itu memang tugas mereka pun. Kita hormati peranan mereka. Saya mahu berkongsi dengan teman- teman ialah, apa pula peranan kita sebagai rakyat biasa?

Dalam pilihanraya, kita sebagai rakyat diberi tanggungjawab untuk mengundi calon pemimpin yang kita percayai akan membawa perubahan yang baik. Akan tetapi saya menyoal teman- teman yang bijaksana, apakah kita selamanya menjadi pengundi yang pasif? Yang sekadar memangkah calon atau parti tanpa berfikiran kritis?

Ah, maafkan saya kerana agak keterlaluan soalnya. Saya sebenarnya menujukan warkah ini kepada teman- teman saya yang masih muda- muda ini, yang dikatakan belia ini. Sebelum itu tidak terlambat saya alukan teman- teman yang baru sahaja layak mendaftar sebagai pengundi PRU ke 12 ini. Sememangnya saat menjadi pengundi ketika di alam kampus adalah pengalaman yang luar biasa sekali.

Teman- temanku,

Kenapa saya seru kita supaya tidak menjadi pengundi yang pasif? Sudah pasti teman- teman bertanya- tanya ingin mengetahuinya jawapannya kan? Beginilah, saya harus berterus terang kepada teman- teman bahawa kita sebagai generasi muda, dan rakyat Malaysia sebenarnya mempunyai kuasa yang luar biasa, iaitu memilih dan menolak pemimpin yang kita mahu.

Dalam pilihanraya, mengundi adalah caranya. Dalam konteks kita hari ini, teman- teman harus menyatakan tuntutan dan hasrat teman- teman kepada bakal- bakal wakil rakyat nanti. Kita harus tegas dalam menuntut hak dan yang paling penting apa yang baik untuk kita.

Saya melontarkan beberapa isu yang perlu kita sama- sama fikirkan, iaitu;

1. Kita belajar hari ini sudah kering daripada biasiswa, yang ada hanyalah pinjaman. Saya rasa ramai yang berhutang ketika belajar dan selepas belajar. Maka, bila berhutang ini, semacam kaki kita terikat sehinggakan asyik terfikir cara membayar hutang. Bukankah dalam Hadith Nabi ada mengatakan sebenarnya orang yang berhutang ini hina di siang hari? Kenapa kita tidak dapat lagi biasiswa? Walhal keuntungan negara agak memberangsakan.
2. Saya percaya mahasiswa sekarang pasti lebih mengenali Mawi daripada mengenali Naib Canselor- Naib Canselor universiti, percaya tak? Sekarang ini prestij universiti sebagai pusat intelektual sudah hilang nilainya. Pelajar semua sudah jadi macam ‘budak’ sekolah, dikawal dan diperhatikan sepanjang masa. Inilah akibatnya apabila universiti telah dijadikan perkakas kepentingan parti politik. Jika itu, lebih baik sahaja universiti ditutup sahaja, sebab hilang maruah akibat kerakusan politik. Kuasa autonomi universiti pun sudah hilang.
3. Nasib bahasa Melayu juga semakin merosot teman- teman. Kita ada pemimpin Melayu di peringkat Eksekutif yang ramai, tetapi bahasa Melayu semakin menyepi. Kenapa ye, wakil- wakil yang kita pilih tidak berusaha memartabatkan bahasa Melayu di tempat yang tinggi?

Ini adalah sebahagian isu yang saya rasa teman- teman tahu dan risau. Sebenarnya banyak lagi isu yang bersepah yang memerlukan perhatian dan tindakan segera. Kerana itulah kita harus menghantar mesej yang jelas kepada bakal pemimpin dan kerajaan akan datang, bahawa kita generasi muda mahukan mandat yang segar dan baru. Saya kaitkan juga dengan pelbagai masalah luar seperti rasuah kehakiman berleluasa, jenayah meningkat, mutu universiti merosot, gejala sosial meningkat, akhlak pemimpin yang rosak, dan pelbagai lagi.

Kita tidak mahu kerja ‘tampal- menampal’ sistem yang rosak ini. Kita juga tidak mahu janji- janji mahu merubah sistem sedia ada yang rosak ini mendatang. Kita sepatutnya jelik dan bosan dengan janji- janji sesetengah wakil rakyat ini. Sebab itu Benjamin Disraeli ada menyatakan tentang politik, “Is the art of governing people by deceiving them”. Maksudnya, politik ialah seni mengurus manusia dengan cara menipu mereka (janji palsu).

Maaf, tidak semua saya katakan ahli politik sebegitu, tetapi ramai yang sebegitu.

Justeru apa peranan kita, teman- teman bertanya ya. Kita harus menggerakkan kesedaran kepada semua rakyat dan kita sendiri mengenai hak dan kuasa kita. Kita ada kuasa memilih yang harus dimanfaatkan. Kita harus menggunakan kuasa ini untuk kepentingan dan kebaikan kita.

Sebab itu kita perlu faham, bahawa ‘Yang Berhormat’ perlu ditukar kepada ‘Yang Berkhidmat’. Kita wajib menuntut daripada mereka supaya menunaikan hak dan tuntutan kita, sebab mereka adalah wakil kita dalam parlimen kelak. Nabi Muhammad Sallahu’alaihi Wasallam ada bersabda, “Saiidul kaum, khadimuhum”, maksudnya pemimpin kaum adalah khadam (berkhidmat) kepada kaumnya”.

Maka dengan inilah saya memohon kerjasama teman- teman semua supaya kita menyampaikan tuntutan dan hak kita. Setiap di kalangan kita harus membawa ‘wish list’, misalnya mahukan biasiswa dan pendidikan percuma kepada calon wakil rakyat, dan nyatakan kepada mereka adalah kamu boleh memperjuangkan biasiswa dan pendidikan percuma? Jika beliau mengatakan boleh, maka kita katakan kita akan menyokong beliau. Jika tidak, kita tinggalkan calon yang tidak berguna ini.

Misal yang lain ialah ‘wish list’ kita mahukan jenayah dikurangkan, kita berjumpa dengan calon wakil rakyat dan katakan adalah beliau bersetuju supaya membawa hasrat kita jenayah dikurangkan, jika bersetuju maka kita akan sokong, jika tidak kita kata bye...bye sahaja!

Kerja ini memerlukan kerjasama semualah. Saya tidak memaksa teman- teman untuk memilih siapa dan parti tertentu yang teman- teman cenderung, kerana saya menghormati pandangan semua. Saya juga menyerahkan kebijaksanaan teman- teman untuk memilih yang boleh membawa kebaikan. Apa yang saya seru ialah SUPAYA HAK DAN TUNTUTAN KITA MENJADI KEUTAMAAN BAKAL PEMIMPIN KITA.

Kita harus mencerdaskan dan mendidik rakyat dalam hal ini. Kita tidak mahu rakyat yang tidak cerdik dan bobrok, kerana nescaya pemimpin yang diangkat oleh rakyat pasti di kalangan yang tidak cerdik dan bobrok juga. Kita mahukan pemimpin yang lahir di kalangan masyarakat ialah mereka yang terbaik, yang mampu memimpin negara...ahh..saya terhimbau sebentar kepimpinan Umar Abdul Aziz yang penuh dengan keberkatan. Itulah yang kita mahukan.

Teman- teman sekalian,

Sebelum akhir, saya sekadar memohon kita sekadar menjadi rakyat dan pengundi yang bijak, yang meletakkan tuntutan dan hak kita di bahu bakal pemimpin akan datang supaya dapat dilaksanakan. Tugas ini agak sukar dan penat, tetapi saya yakin jika kita buat secara bersama, Insyallah, semua akan senang. Kita mahukan pemimpin yang boleh tunaikan hak kita, itu sahaja. Maka, kita wajib mendidik dan mencerdaskan rakyat. Selamat mengundi kepada teman- teman yang baru mendaftar!


Yang Ikhlas

Mohd Hilmi Ramli
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Gombak

7 comments:

Aurora Trading & Services said...

salam 3laik

maaf ya, tiada komentar yg pnjg, hnya kata-kata smgat:

smoga usahanya berjaya...

salam
ikhlas,
seorang pljar yang kurang tahu akan kondisi pentdbran skrang

Rockybru said...

Bro, thanks for alerting me to your blog. All the best and welcome to blogworld.

mfaizul7 said...

antara usaha yang bagus untuk menyedarkan generasi pelapis kita.

apa yang ana nak suggest adalah supaya anta dpt masukkan sekali link2 kepada semua bukti2 kesan buruk yang telah dialami rakyat negara kita neh.

spt yg kita maklum bukan semua perjuangan dapat dimaklumkan kepada rakyat. media pun terkawal oleh satu pihak sahaja. ana pun xtaula di mana yg namanya demokrasi tu. bawah tapak kaki kot.

dan ana plg setuju bab "yang berkhidmat" tu. sudah hilang ertinya bg perkataan YB. rakyat perlu menghormati YB. rakyat itu rendah tarafnya. Huhu ironi sungguh kepada yg sepatutnya memberi khidmat.

semoga perjuangan mahasiswa/belia sedar ini mendapat bantuan Allah. hak untuk membetulkan yang salah dan memperbaiki yg rosak adela hak kita sebagai rakyat.

gunakanlah dengan bijak. bukan menyeru untuk bertindak melulu. tapi menyeru untuk membuat analisis, gunakan ilmu yg telah kita pelajari, gunakan akal yg dikurniakan tuhan.

Wassalam.
AllahuAkbar.

tajul towers @public mutual said...

assalamualaikum..Tuan yang dihormati.saya juga seorng pelajar.dan benar apa yang tuan katakan.pada beberapa perkara yang saya persetujui.tetapi haruslah diingati bukan parti tertentu yang menjadikan atau menetukan sikap seorng wakil rakyat tersebut.sikap dan apa yang terjadi pada wakil rakyat tersebut sama ada dia memberi janji kosong atau pun menipu rakyat adalah konflik dirinya sendiri.mungkin sekali ada wakil pemimpin yang dihormat daripada parti yang lain juga bertindak sebegitu rupa walhal telah kita amati yang mereka berjanji untuk berpegang pada paksi agama nya dan keadilan kepada semua.benar,kata-kata dan janji senang ditabur tetapi sukar ditunai.Dan benar sekali apa yang tuan katakan yang perlu kita pilih wakil rakyat yang bukannya pasif.tetapi harus diambil kira jika wakil rakyat tersebut telah berkhidmat kepada rakyat dan menunujukkan kualiti yang amat baik,perlukah kita memilih untuk tidak mengundi beliau.dan juga wajar diambil kira,sekiranya beliau mungkin sekali hampir pasif(bukan sudah pasif) tetapi jika beliau mampu juga membawa kemajuan kepada rakyatnya,wajarkah kita menidakkan beliau??perlu jga kita ingati bahawa rupa luaran seorng pemimpin itu,dari segi pakaian nya tidak menentukan ikhlasnya beliau untuk membantu rakyat.apa yang dilihat pada luaran dan kata0katanya sahaja seperti ingin mneurunkan nilai minyak pasaran,menjadikan rakyat terbela,dan lain lagi serta gaya pakainya,tidak menentukan yang dia ini benar2 pemimpin berjiwa rakyat bahkan mungkin sekali pemimpin yang rakus nafsunya dan pandai bermain kata.
dan juga saya mempunyai pendirian yang berbeza berkaitan pinjaman tersebut.saya bersetuju tentang hujah tuan berkaitan hutang tersebut.tetapi kita patut lihat dari segi berbeza.tujuan kerajaan melaksanakn prinisp trsbut bukanlah disebabkan pemimpin kita ingin menyimpan untuk perutnya sendiri walaupn tidak saya nafikan mungkin ada segelintir yang begitu.tetapi bukankah smpai ke logik akal pemikiran,tujuan kerajaan adalah untuk menarik sedikit demi sedikit tongkat yang diberikan kepada bangsa ini.mari kita menyingkap sejarah,dari tahun ke tahun,byk bntuan ditarik oleh kerajaan sedikit demi sedikit tetapi itu sejajar dengan apa yang diberikan oleh kerajaan,iaitu kemajuan.sewajarnya,peluang yang diberi diambil dengan segera dan usaha patut diberikan oleh generasi ibu bapa kita supaya tidak lah kita ni sebagai bangsa yang menagih bantuan dan belas ihsan kerajaan untuk kita mendapatkan pendidikan.dan juga dikatakan hutang tersebut adalah untuk rakyat membayar balik apa yang diberi oleh kerajaan??dan apa logiknya hutng yang perlu dibayar itu??bukankah rasional jika dikatakan kalau kita terikat dengan sesuatu hutang kita ingin sekali membayarnya??jadi bagaimana membayarnya??tentu sekali dengan berkerja.dan dengan konsep hutang tersebut lah kerajan menggesa anak muda ini berkerja dan lebih baiknya menjadi usahawan yang memberi peluang pekerjaan kepada bangsa ini.dan jika kita ke isu pengangguran,hal ini patut dipadam sahaja..tiada istilah pengangguran tetapi wajar digantikan dengan lambat mendapat kerja.ada antara graduan selepas mendapat ijazah contohnya dalam kejuruteraan ingin mnejdi jurutera dikliang2 atau firma yang besar2.tidak dipandang pada firma yang kecil2.mungkin benar sekali,tidak berbaloi belajar kalau tidap dapat kerja yang bagus bukan..tetapi kerajaan ada menyediakan pelbagai peluang wahai Tuan yang dihrmati.dan kenapa tidak kita cari peluang sendiri.negara ini sungguh makmur dan hasilnya melimpah ruah..tidakkah smpai ke atas rasional pemikiran kita jika saya katakan alangkah eloknya graduan yang baru keluar menjadi bos sndiri diatas tanah yang murni ini.dengan menjadi petani moden atau bahkan boleh sahaj membuka syarikat sendiri.bantuan ada juga diberikan.wang kerajaan bukan untuk kita sahaja.wang keuntungan kerajaan dan syarikat GLC tersebut bukan untuk kita sahaja.seperti yang saya katakan sebelum ini,wang tersebut diguna untuk membantu graduan yang baru lepas belajar.kerna jelas sekali bagi saya,8 orang dari shabat saya dimana 5 orng daripadanya ckup menentang kerajaan kini menjadi usahawan berjaya dengan bantuan kerjaan.mereka lebih tua daripada saya dan saya kagum dengan mereka dan saya yakin dengan kerajaan yang kita ada ini.

dan juga berkaitan kesilapan kerajaan yang dikatakan tuan MFAIZUL7,wajarkah kita menentang dengan kekerasan??dan mengatakan kebobrokan kerajaan sedangkan apa yang pernah kita lakukan untuk kebajikan rakyat.??tidakkah lebih baik ada golongan yang menentang dengan kritis dan bukankah lebih amat baiknya kalau generasi kita ini membetulkannya dari dalam.kerna,pemimpin yang ada sekarang cuma memegang amanah untuk kita sahaja.Tuan lah antara pemimpin yang bakal menggantikan mereka.dan Tuan juga bila menjadi pemimpin kelak bakal mewarisi tempat itu untuk generasi selepas Tuan.

sememangnya benar pada segilintir hujah Tuan tapi fikirkanlah pada hujah saya yang saya katakan..kebobrokan seorng wakil rakyat bukanlah pada parti yang dipegangnya tetapi pada dirinya sendiri kerna tidak mustahil ada juga pemimpin dari parti yang berlainan yang mungkin sekali lebih teruk daripada itu jika mereka mendapat kuasa nanti.

dan juga,kita terlampau mengejar kemajuan sedangkan akhlak rakyat tidak diambil kira..dimana silapnya??dan saya ingin menyatakan,janganlah disalahkan hal ini sepenuhnya kepada kerajaan.kerna ada sebab dan rasionalnya hal ini berlaku.bukanlah kerajaan saja menjadikan silap ini sebagai nyata dan sukar dibendung wahai Tuan yang bijaksana.kita mempunyai akal dan fikiran untuk memilih.jadi pada mana kselahan itu kita patut tujukan kalau tidak kepada kita sendiri.memang benar kerajaan juga meluluskan terhadap hiburan2 tersebut,tetapi pada mana taraf dan martabat akal ini jika tidak kita gunakan untuk memilih pada apa yang baik untuk kita.diluluskan hiburan itu adlah untuk keuntungan dari segi material yang dah saya nyatakan berkali2,akan digunakan untuk rakyat.tetapi bukankah hak kita untuk memilih sama ada mahu menerimanya atau tidak.atau perlukah kita salahkan kerajaan juga yang kita tidak ada hak untuk menggunakan akal kita??untuk memilih.memang benar ada rakyat yang kekal miskin.memg wajar kita salahkan wakil rakyat kwasan itu,tetapi tidak semua keslhn harus ditujukn kepada kerajaan dan wakil rakyat.jika kita miskin,perlukah kita selamanya dalam kemiskinan??dunia dan bumi milik Allah ini luas.bantuan dan rezeki ada sja dimana2.dan rakyat kita amat prihatin.jadi pada siapa mslh kemiskinan ini harus dibebankan??bukankah juga menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk mengorek kekayan bumi ini dari kita mengharap sahaja bantuan kerajaan.adakah kita sehingga 100 tahun akan datang ingin mnejdi bangsa yang meminta2 sedangkan kita warganegara bumi ini.??sedangkan warga asing menikmati kemewahan kerna usha mereka di negara ini??tapi dimanakh usaha kita??
saya berbicara dari akal dan hati yang tidak menyebelahi sesiapa tanpa analisis yang kukuh.usaha Tuan untuk bangsa dan pelajar2 amat saya kagumi..sekian..

Tajul rijal annuar

Mohd Hilmi Ramli said...

Tkasih komen panjang Tajul Towers.

Saya yakin, rakyat harus diberi pendidikan politik, maksudnya hak2 asas, menyuarakan pendapat,kewajipan memilih pemimpin yang baik dll.

Proses mendidik perlu berterusan.

Sentimen rakyat yang tidak puas hati dengan beberapa isu perlu dilihat dengan kritis. Bukankah 'tidak ada angin masakan pokok bergoyang?'

tajul towers @public mutual said...

terima kasih saudara..
benar,amat lah saya bersetuju dengan pendapat saudara.tetapi pendidikan tersebut perlulah dengan tulus ikhlas tanpa kepentingan tersendiri dalam agenda terselindung.dan ketidakpuas hatian rakyat perlulah di lihat dari pelbagai sudut yang berbeza yang perlu didalami dengan kritis.bukan hanya kita melihat pada lapisan masalah pertama tetapi masalh lain yang berhubung kait dengan masalah utama tersebut.jangan disebabkan penyelesaian masalah,akan terjadi collateral damage yng tidak diingini.
penyelesaian masalah perlu dilakukan dan saya yakin,pemuda seperti saudara adalh orng yang mampu untuk melakukannya.
bukan sahaj rakyat perlu didik,tetapi pemimpin yang ada sekarang perlu diberi kesedaran dengan cara yang baik dan terhormat.kerana siapalah mereka tanpa rakyat seperti kita.

dan juga perlu disedari,setiap kerajaan masa kini mempunyai pelbagai masalah.dan haruslah di pndg berat bahawa ada sesetengah masalah yang lebih penting daripada sebahagiannya.untuk menjaga kepentingan bangsa dan negara kita ini.bukankah agenda sesetengah pihak mengadakan demonstrasi jalanan bukanlah satu tindakan yang bijak untuk memprotes kerajaan.niat mereka murni.saya sokong.tetapi tindakan itu,menyebabkan pelabur asing takut untuk melabur kerana beranggapan bahawa politik kita tidak stabil.bukankah ini menyusahkan rakyat??dan juga,bahkan lebiih teruk lagi,tindakan sesetengah individu yang pergi ke luar negara seperti ke indonesia dan ke india dimana dalam isi ucapan mereka memburukkan tanah tumpah darah mereka sendiri,bukankah itu tindakan yang amat tidak wajar??kerana ini akan memberikan sebab untuk kuasa asing campur tangan dalam politik negara kita??ada antara kita mungkin telah dijajah pemikirannya,tetapi hendakkah kita dijajah sekali lagi secara zahir nya??apabila campur tangan asing berlaku,atas dasar untuk proses kestabilan negara,bukankah individu2 tersebut yang dengan usaha mereka kononnya berjuang itu tadi telah menjual negara mereka sendiri??saudar yang budiman,.mahukah kita panggil kuasa asing itu Tuan sekali lagi seperti pernah berlaku lama dahulu??tindakan seperti saudara melakukan pengisytiharan dokumen pilihanraya dan tuntutan pelajar ini adalah satu langkah yang amat bijak kerana ini adalah jalan yang sepatutnya kita ambil.wajarkah budaya kita sebagai masyarakat yang sopan di buang begitu sahaja kerana untuk kononnya berani menyuarakan pendapat??itu berani tiada tempat.tetapi apa usaha saudara lakukan sekarang ini adalah keberanian di sertai dengan tahap pemikiran dan akal yang tinggi.

sekiranya saudara ingin berkongsi buah pandangan,boleh sahaj hubungi saya di tajulrijalannuar_optimist@yahoo.com.my

Amir said...
This comment has been removed by the author.